Jumaat, 5 Jun 2009

Selamat Berkunjung!


Kenali International Muslim Agency News @ IMAN

Salam sejahtera.

Dewasa ini membaca berita di akhbar mengenai masyarakat Islam, sering menimbulkan rasa was-was. Apatah lagi ditulis atau dilaporkan oleh wartawan dari agensi berita bukan Muslim. Contohnya agensi dari AFP, CNN, AP dan sebagainya. Rata-rata berita yang agensi ini sajikan kurang memberi impak yang bagus kepada pembaca khususnya masyarakat Islam.

Justeru itu, menjadi hasrat International Muslim Agency News atau nama singkatannya, IMAN yang berpengkalan di Kuala Lumpur, menghidangkan laporan terus dari seluruh negara Islam di dunia sama ada mengenai kebudayaan dan kesenian, dagangan dan ekonomi, pendidikan dan kecermelangan tamadun, karier dan kesihatan, keluarga dan kebajikan, politik dan keselamatan serta sebagainya untuk ditatap semula orang masyarakat Islam di negara mereka!

Elemen inilah yang akan dimuatkan di dalam blog atau laman sesawang rasmi IMAN, sebagai salah satu akses memudahkan masyarakat Islam seluruh dunia mengetahui apa yang berlaku di negara-negara di bawah pemerintahan Kerajaan Islam.

Jadi tidak perlulah melanggani dari agensi antarabangsa yang mempunyai agenda tersendiri terutama mahukan masyarakat Islam terus mundur dengan laporan yang berat sebelah atau kontang dengan idea.

Ini kerana hari ini masyarakat Islam sekadar membaca berita yang kosong tanpa memperolehi idea yang dapat membantu mereka berani keluar dari kepompong hidup sehingga dapat berdikari atau terbang ke angkasa raya yang luas terbentang!

Sekiranya anda inginkan 1Malaysia yang hebat dan dikagumi oleh masyarakat bukan Islam, inilah masanya kita berkongsi idea dan meletakkannya kejayaan ini di dalam acuan yang sepatutnya ditempa dengan keindahan Islam itu sendiri.

Selamat berintraksi dan membantu menjayakannya...

Terima kasih dan hanya kesyukuran milik Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mengilhamkan hal ini. Segala Puji Hanya Miliknya, kepunyaanNya di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan