Sekitar seminar Akademi Dunia Sains Islam (IAS) Ke-17BARU-BARU ini telah berlangsung sidang Akademi Dunia Sains Islam Ke-17 di Shah Alam, Selangor. Seminar yang diadakan empat hari itu, bermula 14 Disember lalu, dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salehuddin.
Di majlis ini, turut hadir Tun Mahathir Mohammad yang memberi ucaptama dan menerima tepukan gemuruh peserta seminar dari seluruh dunia.
Turut hadir, Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan para pemimpin PKR. Disiarkan beberapa foto di majlis ini sebagai tatapan umum yang dirakamkan jurufoto profesional, Tuan Minaq Jaggat. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan