Mereka bebas untuk mempercayai apa saja dan memiliki pendapat tentang apa jua. Kebebasan inilah yang dapat dinikmati dalam sebuah negara demokrasi dan liberal seperti
Hendak belajar ilmu apa yang diminati. Bebas memilih pasangan mereka. Warganegara
Tetapi masyarakat dan mereka yang berkuasa melakukan banyak perkara untuk mengongkong kebebasan ini atas nama kebaikan umum atau keharmonian bermasyarakat.
Jadi siapa yang kuat dan berpengaruh akan dapat menggubal peraturan dan undang-undang menurut citarasa pihak mereka, sementara yang lemah tidak ada jalan lain, hanya menuruti.
Konsep menghormati kebebasan individu tidak begitu dibanggakan di
Masyarakat, bangsa dan negara hanyalah konsep dalam minda, tetapi yang hakiki adalah individu setiap seseorang, yang menempuh segala penderitaan atau menikmati kebahagiaan sepanjang hidup mereka masing-masing.
Nikmat kebebasan individu ini hanya dikecapi oleh penduduk
Umumnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung, sama ada di pesisiran pantai atau di tebing sungai. Bercucuk tanam dengan bersawah atau ke laut mencari ikan. Begitulah dunia mereka turun-temurun tanpa kesedaran mengenai sebarang tamadun yang mengubah dunia.
Mereka merupakan rakyat kepada penghulu masing-masing yang memberi taat setia sepenuhnya kepada raja yang memerintah kampung-kampung itu. Apabila raja memerlukan orang untuk berperang, maka anak-anak muda di kampung-kampung ini akan dikerah untuk mempertahankan negara dan takhta raja.
Hidup orang Melayu kebanyakannya adalah seperti itu. Tidak ada kebebasan individu kerana semua peraturan dan masa depan hidup masing-masing telah ditentukan oleh masyarakat.
Apabila penjajah datang keadaan berubah, Portugis merosakkan perdagangan orang Melayu di Nusantara. Belanda menyusup masuk dan menakluki kekuasaan di Jawa dan Sumatera. Inggeris berjaya menguasai istana Raja-raja Melayu.
Hidup orang Melayu tidak banyak mengalami kemajuan. Kongkongan masyarakat kampung menguasai mereka dan membenam sebarang kebebasan individu.
Menjelang Perang Dunia Kedua, ada segelintir orang Melayu diberi pelajaran oleh penjajah untuk kepentingan imperial mereka. Kesedaran mula meresap dan timbullah gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mahu memerdekakan orang Melayu.
Bukan saja memerdekakan negara tetapi tidak kurang penting membebaskan minda, serta individu diberikan kebebasan untuk memilih cara hidup masing-masing. Jepun datang dalam Perang Dunia Kedua dengan menjanjikan kemerdekaan daripada penjajahan Barat.
Perkesemakmuran Asia Timur Raya adalah untuk menjadikan Asia untuk orang
Tapi Jepun ketika itu, seperti Jerman dan Itali adalah negara fasis yang empayarnya bertujuan untuk memperhambakan bangsa-bangsa lain bagi berkhidmat untuk Maharaja Jepun yang dianggap Tuhan.
Orang Jepun sendiri tidak ada kebebasan individu, mereka semua adalah hamba kepada maharaja mereka. Ternyata pemerintahan Jepun mendatangkan kesengsaraan dan penderitaan yang amat sangat kepada penduduk
Semuanya terkongkong di bawah pedang Samurai. Apabila Jepun kalah,
Tujuannya adalah untuk menjadikan Tanah Melayu tanah jajahan
Pada masa yang sama komunis pula mewujudkan sebuah negara yang mengongkong kebebasan individu. Tetapi British menentang komunis bukanlah kerana perkara ini tetapi atas sebab menjaga kepentingan ekonomi mereka.
Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana ia memansuhkan kedaulatan orang Melayu terhadap tanah air mereka. Dengan mengambil kira ancaman komunis dan tuntutan orang
Perlembagaan baru itu pertama kali membawa orang Melayu ke dalam dunia moden, meninggalkan feudalisme dan kolonialisme. Kebebasan individu diiktiraf untuk warga kepada sebuah negara liberal dan demokratik.
Ini kerana asas tamadun moden ialah kebebasan individu untuk menentukan cara hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan